Sunday, September 02, 2007

Pertandingan Badminton Seluruh Setiakawan (PBSS)

Seperti yg telah di utarakan oleh P3TS di 'post' yang lepas, pihak SBF akan menganjurkan Pertandingan Badminton Seluruh Setiakawan (PBSS). PBSS hanya akan dapat di lansung setelah TBK sampai dan dlm bulam November. SBF ingin mengutarakan tarikh2 cadangan utk PBSS :

1. Jumaat, 31hb Oktober 2007 - Malam (11.00pm)
1. Sabtu, 3hb November 2007 - Pagi (10.00am)
2. Ahad, 4hb November 2007 - Pagi (10.00am)

Semua kengkawan dijemput hadir utk memeriahkan pertandingan ini. jika ader yg ingin membawa pom-pom girl, SBF mengalu-alukan....bawak turun satu family pon lagi cantik...hehehehhehe...bg yg tak mau masuk pertandingan, tapi rajin utk dtg lelepak, juga dialu-alukan....

Hari Latihan :
Venue : Subang Reket
Masa : 8.30pm - 11.00pm @ 11.00pm - 1.00am
Tarikh : Isnin, 8hb Oktober 2007

Latihan ini hanya utk pembuka tirai menjelang Hari Raya dan juga PBSS....kekekekekek...harap semua pihak dapat menghadirkan diri

Jika terdapat sebarang cadangan lain bolelah kite berbincang kembali kelak. Manakala gelanggang pula telah pon di putuskan. PBSS akan berlansung di Kelang. Gelanggang akan dia uruskan oleh wakil PBSS - Ayah Sejuk (AS), Shuttle2 pula diuruskan oleh Pendekar Kaki Phoenix (PKP). Para Pendekar hanya perlu membawa pedang masing2, tak kire ar baper byk pon....kekekekekke...Jika terdapat mane2 peserta yg tidak dapat menjoinkan diri kerana gelanggang di Kelang, sila nyatakan kepada SBF (PKP) supaya dapat di'alter' venue, atau tarikh/time yg di cadangkan tidak bersesuaian dengan kalendar peserta, sile juga kemukakan...ini sebagai pemberitahuan awalan kerana terdapat pihak2 yg selalu bz / outstation / malas supaya dapat SBF membuat perancangan utk semua org heppy.....heheheheh

Selesai sudah urusan rasmi, kini pula mengenai Pasukan Serumpun Sebangsa (PSS), suke suki jer kasik nama team kitorang....nama tuh akan kitorang bincangkan kedian...kalau ikut format Piala Thomas or Sudirman, susun atur single / double mustilah disertakan sebelum pertandingan bermula.....jadi adakah PBSS akan berformatkan sebeginih...heheheh...kite tgk keadaan ar, tapi barisan PSS (nama sementara...) adalah seperti berikut :

* SINGLE 1 - Pendekar Sakti
* DOUBLE 1 - Ayah Sejuk + Pendekar Kaki Phoenix
* SINGLE 2 - Pendekar Kaki Phoenix
* DOUBLE 2 - Pendekar Sakti + Pendekar Kaki Phoenix
* SINGLE 3 - Ayah Sejuk

Mengikut susun atur ini, keputusan sudah lah nyata lagi terang....kekekekekekekeke.....PSS hanya berharap team P3TS dapat memberikan saingan yg hebat pada hari pertandingan. :D Ini masih lagi susun atur utk PSS buat masa kini. Masih lagi dalam perbincangan dikalangan pendekar....heheheheheh...P3TS tak perlu menegakkan aper2 kebenaran....yg nyata PSS akan merajai dunia kepahlawanan.....muaaahahahahahha......salam cabaran telah pon diterima......

Majulah Sukan Untuk Negara.....

4 comments:

kenit said...

puhhh... belacan sakti + ayah sejuk takde tuh dlm senarai.. nampaknyer kaki phoenix giler kuasa nih... hehehehhehehehe

daddy cool said...

gua rase bahang tu dah mencanak2, mencucuk2, seluruh anggota badan gua, terase nak jek berangkat ke UK la ni dgn sekalian klan2 yang ade tuk mulakan perhitungan...wewewewewewe

Jin said...

kekekekek....rilek ayah sejuk...rilek...kite jangan tunjukkan sgt semangat juang kite....bia diorang rasa time PBSS nanti....muaahahahahahahha

Zan said...

usah di harap syaitan di bawa ke syurga,
usah di mimpi merdu membuai lalu,
apa ingat kami tiada rasa tiada mata,
bongkak hanya realiti yang membuai layu.

Pendekar & Jaguh