Wednesday, August 29, 2007

Sakti hati

Aper di cerita si cita-cita,
hanya membangkit nafsu dan dendam,
usah di cita si pucuk cita,
jika dendam belum lagi terpadam.

Nilai apa pada sang juara,
menangguk air keroh ditepian,
Nilai apa pada pemedang pujangga,
nama yang mekar menjadi sebutan.

Cuaca mendung hitam si awan,
gempita guruh berganti siulan,
Lawanku bertahan dijurus taufan,
aku menanti penuh harapan.

Tuesday, August 28, 2007

Merajai dunia setiakawan....

sejak penubuhan koleksi cereka cereka setiakawan... tak sangka satu hari nanti akan sampai jugak post yg ke-50... taniah taniah.. gua rase lagik lagik sejak kebelakangan nih byk betul sumbangan yg diberikan dari ayah sejuk.. penulis tamu yg begituh indah bahasanyer dan senantiasa menulis cereka cereka yg penuh kepanasan.... tidak ketinggalan belacan sakti, kaki pheonix dan yg agak jarang jarang gopi kopi dan jaguh 10 peminjam.... bersempena dgn ulang tahun ke-50 adalah dgn baiknyer gua mengumumkan ranking rasmi kekuatan jaguh jaguh setiakawan tuk musim 2006 - 2007.. che lamak.. ranking nih bedasarkan tournament tak rasmi yg belangsung di dlm kultus sejak december tahun lepas lagik.. walaupun agak kegersangan di awal tahun.. tapi begituh ganas sekali sejak akhir akhir nih....

ranking nih adalah dibawah penyeliaan dan piawaian setiakawan badminton federation... atau kesatuan badminton seluruh setiakawan... *SBF laaa tuh... dan walaupun agak tidak lengkap terutamanyer dlm acara bergu.. tapi nak buat camner... kegersangan petarungan dlm setiakawan tidak sedikit membantu proses pengiraan mata.... aper pun utk acara persorangan .. sudah begituh ketara keputusannyer:

  1. Pendekar Kaki Phoenix a.k.a Pedang Fajar
  2. Ayah Sejuk a.k.a Pedang Rokel
  3. Belacan Sakti a.k.a Pedang Sakti
  4. Gopi Kopi a.k.a Dosa Angkasa
  5. Jaguh 10 Peminjam a.k.a Pedang Syaitan
  6. Tanpa Belas a.k.a Tak Bole Kalah
Manakala utk kategori bergu lagik susah nak ditentukan kekuatan.. lagik lagik kerana pepecahan bergu terkuat setiakawan suatu mase dahulu.. belacan sakti + kaki phoenix.. jadik ranking mmg susah nak kire.. manakala gandingan tanpa belas + gopi kopi pun sudah lama memendam perasaan dan sudah bekurun tidak beraksi.. begituh juga dgn bergu tanpa belas + ayah sejuk yg satu ketika menjadi bergu terkuat dan sandaran di dalam setiakawan.. jadik SBF setelah pike sane pike sini .. membuat perhitungan mengambil hanyer bergu bergu yg terlatest sajer utk memudahkan perkiraan....
  1. Kaki Phoenix + Gopi Kopi
  2. Ayah Sejuk + Belacan Sakti
  3. Jaguh 10 Peminjam + Tanpa Belas
Sememangnyer mmg susah nak amik kire gandingan yg terhebat sekali disebabkan bukan senang nak kasik semua org bepasangan dgn semua org... jadik kite tepakse mengambil kire satu org partner ngan satu org sajer laa gamaknyer.. format begini lebih senang utk difahami... tapi secara teorinyer kalo no.1 + no.2 ranking persorangan digandingkan sudah tentu menjadi yg terkuat sekali... hehehehhehehehe.....jadik adalah lebih tepat utk membuat andaian sekiranyer kaki phoenix + ayah sejuk buat mase ini adalah pasangan yg tidak terkalah... tapi utk mengatakan samada kaki phoenix + belacan sakti atau belacan sakti + ayah sejuk adalah lebih hebat daripada gandingan yg utama tadik.. tidak laa dpt dilakukan kerana macam maner kaki phoenix dan ayah sejuk nak muncul dua kali di dalam court pada mase yg same.. melainkan die hendak lari tukar gelanggang dalam setiap kali bola sampai... kekekekekekekke.... sungguh hebat gaya meringan kan badan kalo buat semacam ginih.....

jadik aper gunanyer sistem ranking yg dikeluarkan oleh SBF ketika ini.. sudah tentu laa utk menjelang petandingan Setiakawan Championship yg belangsung setiap tahun.... syarat utama petandingan hanyer ader satu.... venue petarungan tidak bole dilakukan di home ground setiakawan iaitu di subang raket.. mesti laa di tempat yg satu org pun tak penah main utk memastikan bahawa tidak ade advantage yg dipunyai oleh memaner pendekar... tahun lepas pun petandingan sebegini dibuat di Melaka -- (Melaka Open).. Kali nih penyertaan dibuka kepada 3 bergu yg utama... tahun lepas susah skit sbb ade 5 org jadik ade 1 org kena main dua kali.. jadik otomatik 2 bergu paling tinggi ranking nyer pegi final terus.... kalo nak recap.. belacan sakti + kaki phoenix menjadi johan pertama dgn menewaskan gopi kopi + tanpa belas.... (dlm 3 game yg gua pun tak igt score die)... tapi disebabkan kedua dua bergu tesebut tidak lagik turun padang.. maka tinggal laa gandingan yg sedia ader....

Mengikut ranking SBF yg baru... pilihan petama kejohanan secara automatik jatuh kepada PKP + GPKP diikuti BS + AS dan yg terakhir takde pilihan TB + J10P .... jadik jadual perlawanan adalah seperti berikut:
  • J10P + TB vs PKP + GPKP
  • J10P + TB vs BS + AS
  • PKP + GPKP vs BS + AS
Begituh laa susun atur kejohanan bedasarkan ranking terbaru SBF... kejohanan akan belangsung sekitar bulan november.. jadik dlm mase 2 bulan nih tepulang laa kepada bergu bergu utk belatih secara individu atau bekumpulan utk persediaan menjelang kejohanan tebesar dalam diari dunia setiakawan... walaupun tempat petarungan masih lagik belum ditentukan tapi kire lebih kurang begituh laa jadual pertandingan... yg nyata tahun nih tiada lagik BS + PKP utk mempertahankan kejuaraan setiakawan yg dimenangi tahun lepas.... biaser laa dalam dunia kepahlawanan aper aper pun bole jadik... utk petandingan klan baik menentang klan jahat.. ader baiknyer gua tulis di entry lain.. maklum laa klan setiawakan macam nak berenti betarung menjelang bulan posa nih.. jadik kang tak meningkat plak jumlah post.... jadik kasik jimat jimat skit.. cukup laa pengumuman format kejohanan setiakawan utk kali nih... rasenyer pengumuman ranking SBF kire cocok laa utk meraikan ulang tahun ker-50 jumlah post yg ader.... akhir kata.. besempena dgn bulan kemerdekaan.. majulaa sukan utk negara.. wakwakwakwakawkawkka.aaa.a....waa..wa

Monday, August 27, 2007

pertarungan terakhir

Diepisod yang lalu, cabaran PKP kepada ayah sejuk untuk perhitungan secara single telah dinanti2kan oleh klan2 sekalian. Sememangnya di alam perwira setiakawan, tahta menerajui ' sape paling power sebenarnya ' hanya dpt ditentukan dgn pertarungan secara single. tahta yang sering bertukar ganti sebelum ini hanya dinyatakan didalam kitap setiakawan dan dipegang lama oleh TBK. Perantau TBK di UK telah membunuh semangat juang tanpa belasnya dan kesempatan itu digunakan sepnuh hati dan perasaan oleh PKP (kaki phoenix).. kesungguhan PKP melaksanakan jurus2 base line seringkali membuatkan musuh atau lawan serta seteru2nya seperti membunuh diri sendiri. Rupa2nya PKP lebih kejam dari TBK...

beralih pula kepada kisah minggu ni..

Dikeheningan malam yang sejuk membuatkan ayah sejuk lebih berani meredah arus bayu hujan renyai2 supaya dapat juga menghadirkan diri di gelanggang maut subang reket.. yang pada awalnya pemergiannya ke subang reket telah dinafikan kerana ada kenduri malam nisfu syaban. Namun dimalam keberkatan ini, ayah sejuk merasakan ape salahnye melepaskan keringat yang mungkin terakhir dalam episod tahun mencari tahta ' siapa power sebenarnya ' dan sekali gus menjawab semua persoalan yang bermain dan diimpi2kan oleh PKP.

Pada dasarnya PKP telah merasa kecewa kerana perhitungan maut seakan dinafikan namun selang beberapa minit ketibaan ayah sejuk memberi sedikit nyawa dan semangat tarung yang tinggi kepada PKP. Seperti episod2 yang lalu, jaguh yang sedia ada dan menghadirkan diri tuk melayan kerenah PKP ialah, pendekat Ed, Pendekar Dom Tibet, Pendekar Belacan Sakti, Pendekar Armin, dan Ayah sejuk sendiri.. menyedari hakikat pada episod kali ini dimana single perlu dilakukan, ayah sejuk telah merancang strategi kire mau untung nasib la kan...

Pada awal pertarungan, semangat membara PKP telah memusatkan segala jurus ' aku cover kau ' dimana PKP sering mengkover semua bola blah belakang dari diambil oleh Pendekar Armin. Walaupun jurus membunuh telah dipusatkan 100% kepada pendekar armin.. sungguh gila kuasa PKP. Tapi sebenarnya itulah teknik latihan konsep bertahan dan merancang strategi yang dilatih oleh PKP setiap minggu.. seperti kata pepatah melayu, selagi masih bernyawa, akan kukerah kudrat untuk pertahankan maruah bangsa dan negara, namun akhirnya PKP kecewa juga dgn kekalah ditangan Dom tibet dan P-eD. ( aku lupa bape kiraan mata)

Setelah merehatkan Pendekar armin, PKP mengajak ayah sejuk supaya berganding bahu menewaskan Dom tibet dan P-eD, ternyata gabungan padu kuasa tujahan ayah sejuk dan tektikal PKP mmbuah kan hasil, nyata tidak menjadi sia2, tapi disebalik gabungan itu timbul dihati PKP dan ayah sejuk mungkinkah aura beracun dan jurus2 maut telah diserap oleh diri masing2. mungkin ada udang disebalik batu. Jelasnya sekarang belang tarung PKP kembali timbul setelah dpt merasai kemenangan.

Kemudiannya PKP melihat peluang tuk melatih kembali skil ' aku cover semua ' dimana pendekar armin sedia bertapa didepan. Kesempatan itu digunakan oleh Belacan Sakti tuk melakukan skil2 memukal didepan net dan hasilnye sangat2 memuaskan bile mana Pendekar armin sering menjadi mangsa kekejaman. Tapi dari awal ke akhir perlawanan ayah sejuk merasa tidak la sedap hati jika jurus maut terus menerus kepada Pendekar armin. lalu tujahan ade kalanye dihujah2kan kepada PKP. dan akhirnya ayah sejuk + belacan sakti menang dengan agak relex.

PKP terpaksa akur dgn kegagalan mengcover semua jurus maut dan bergantilah jaguh utk menyahut cabaran. kali ini Dom Tibet + P-eD menjadi mangsa kekejaman belacan sakti dan ayah sejuk. gabungan jurus pukal ditepian jaring dari belacan sakti dan smashing pumpin dari ayah sejuk telah membuahkan hasil. semaksimun yang boleh itulah kate ayah sejuk kepada belacan sakti. mungkin ayah sejuk telah lupa bahawa tenaga yang dikerah akan membuatkan perlawanan single dgn PKP nanti akan memakan diri sendiri.. setelah agak berhempas pulas, nyata kemenangan milik belacan sakti + ayah sejuk.

Setelah 3 game berturut2 ayah sejuk merasai kemenangan dan meragut sekalian klan2 punye kuaser, maka berehatlah seketika ayah sejuk + belacan sakti, sekali lagi kesilapan dilakukan oleh ayah sejuk + belacan sakti dimana telah mengambil keputusan menghisap candu. kurang baik tuk budak2 sport la kan.. kakakakaka

Sekembalinya ayah sejuk + belacan sakti digelanggang pertarungan kelihatan PKP + Pendekar Armin berhempas pulas tuk menewaskan Dom Tibet + P-eD, tidak taulah siapa yang mengambil nyawa pada pertarungan tersebut. dan kesudahannya, seperti rasa tak puas hati, PKP telah mengajak dom tibet tuk bergabung tenaga dan lalu mencabar ayah sejuk + Belacan sakti. Dengan rasa keletihan dan baru saja selesai menghisap candu, nyata pertarungan seperti melatih ikmat ringan2 dengan dayang bunting. maka jasilnya PKP tersenyum lebar. sungguh2 tak menjadi.. setelah berehat sebentar ditepian. akhirnya perhitungan maut yang dinanti2kan dilangsungkan..

dengan semangat juang yang tinggi PKP telah menggunakan hikmat2 jurus pukal ke base line.. boleh dikatekan kesemuanya ke baseline.. sungguh kurang diajar dan kejam.. dengan kudrat separuh tenaga kepenatan dan amat sangat tak larat ayah sejuk cuba juga menghadapi segala tusukan dengan melakukan sekali sekala drop drop dan base line juga.. mungkin setelah seharian menahan lapar ( puasa nisfu syaban) dan ke nervessan mengambil ujian JPJ (lesen kereta) sedikit sebanyak mempengaruhi kekalahan ayah sejuk di malam itu. namun semua itu bukan alasan ayah sejuk tuk tewas dgn kiraan mata 15-9... ianya menjadi semangat dan belang tarung yang tercalar hinggakan ayah sejuk pula berani mencabar PKP tuk edpisod mendatang. tapi agak kecewa kerana tiada lagi episod mendatang kerana menghormati bulan ramadan yang bakal menjelma. Pasti Belacan sakti juga dahagakan set ke-2. Alang2 kalah biar mati dengan 2 set pertarungan.. huhu.. rupa2nya kekejaman PKP jelas nyata bila mana dipwertarungan itu dengan sengaja dia memberikan ayah sejuk menggunakan pedang syaitan yang tak boleh belah sedangkan dia menggunakan pedang yang memang boleh belah tuk hantaran2 ke base line.. sungguh kejam. hingaakan ayah sejuk merasakan seperti dipergunakan dengan harga pedang tersebut tetapi ape kes PKP gunakan pedang Ti10.. rupenye ade udang disebalik batu. itulah pedang yang boleh belah tuk hantaran ke baseline.. siot kan.. gua tak puas hati.. gua nk repeat balik.. tapi tak jadi, bile mane bulan 9 ni off tuk booking.. so abaikan je la..


Setelah pertarungan diantara Ayah sejuk dan PKP berakhir, turun pula belacan sakti untuk mencabar ayah sejuk yang telah keletihan.. kali ini ayah sejuk mencuba pedang Ti10.. manakala belacan sakti menggunakan pedang syaitan milik PKP. Ternayata dengan menggunakan pedang Ti10 pukulan base line ayah sejuk menjadi. kali ini menjadi mangsa la pula belacan sakti. Tetapi tidak la semudah yang disangka.. Sungguh liat dan kemas permainan belacan sakti dijaring.. nyata bile bola rendah dan didepan net semuanya milik belacan sakti.. hampir gigit jari ayah sejuk bile kudrat yang ade digunakan sepenuhnya... sungguh kejam juga belacan sakti. tidak mahu membiarkan ayah sejuk berada dirangkin kedua dalam kiraan single setelah PKP. namun akhirnye kemenagan memihak kepada ayah sejuk dengan kiraan mata 15-8.. siot la.. letih giler...

Dan diakhir pertarungan maka terlihatlah 3 pahlawan ulung bertukar2 cerita. kisah dimana diwar2 kan oleh TBK yang akan kembali dari pertapaan di UK. seperti laungan maut dimana TBK ber-3 (TBK, PKP, STING) suke muka nak lawan (PKP, B.SAKTI, Ayah sejuk). katenya mereka dari klan2 pendekar baik2 yang cuba mempertahankan negara dari dijajah oleh pihak kami (indon) siot kan.. adekah keranda sudah disediakan sendiri dengan laungan tersebut.. dan sekali lagi yang menjadi persoalan, TBK hanya menghantar dirinye sahaja tuk beradu secara single dgn kami seteru ber-3 sorang demi sorang. ingai bai.. sorang demi sorang. x kan la semudah itu nak meratah jagung manis.. mcm tak sayang jantung jek.. kakakaka.. well hanya jauhari mengenal ayah dia.. so tunggu lah episod malam ramadhan nanti..

Terngiang2 kata2 PKP yang mahukan agar nukilan setiakawan diupdate pada malam itu juga. Supaya TBK dapat menerima utusan maut yang telah terpahat dan terbukti bahawa PKP sedag bermaharajalela sekarang ini. citttt.... dan buat sekalian kalinya.. semoga perhitungan 3 lawan 3 dpt dilaksanakan pada malam ramadan nanti..

Diminta PKP menempa gelanggang pertarungan supaya TBK tidak hampa bile pulang dari pertapaan nanti. Jadi buat masa ini, raking gelanggang maut subang reket telah ternyata dimiliki oleh PKP. Adakah PKP dpt pertahankan tahta tersebut sepurnama lagi.. sama2lah ikuti episod2 mendatang dalam dunia setiakawan.. wewewewewewe...

p/s: azan, kalau ko jadi beli reket jin jgn tak jadi plak tolak Ti10 kat aku k, 300 instalment. hu hu

Tuesday, August 21, 2007

Untuk pendekar-pendekar pedang sekalian...mungkin ade di antara kalian sudah pon mengetahuinye, tapi mungkin juga tidak....salah seorang dari pendekar clan setiakawan mempunyai buku2 / nota2 hikmat2 utk memajukan diri dlm seni badminton.......hamba kebetulan menjumpai tempat ianya disimpan......muahahahahahahah.....
rupenye pendekar ini dalam senyap2 memajukan hikmat-hikmat beliau.....jadi....hamba ingin berkongsi bersama-sama dengan pahlawan-pahlawan setiakawan sekalian.....kasi piccaahhhhh.....!!!!!


Hikmat Rahsia

Monday, August 20, 2007

mempelbagaikan

corak permainan dan langkah kemas diiringi larian kecik dan semangat juang yang tinggi membuahkan hasil apabila dengan mudah ayah sejuk + uncle spek menewaskan dom tibet +ed.
Diperlawanan sebelum itu ayah sejuk + Uncle Spek tewas 2 kali kepada PKP + Armin.. Permainan Uncle Spek yang kadang kadang jadi tak menjanjikan semangat juang yang tinggi tuk memungut mata demi mata..

kedatangan gopi kopi ke subang reket sedikit memberi klimax yang agak kurang nikmatnya. ade sedikit perubahan permainan sejak 3 purnama lepas.. namun tetap tewas ditangan ayah sejuk + belacan sakti walaupun gopi kopi berpartnerkan PKP... wewewewe... setelah PKP merase hangatnye ketewasan itu.. maka diajaknye dom tibet tuk beradu tenaga bersama dan ternyata adunan sebati PKP membuahkan hasil apabila ayah sejuk + belacan sakti kecundang pula..

diakhir lewat pertarungan.. PKP telah mencabar Belacan sakti utk sinngle.. ternyata set pertama milik PKP.. dengan kiraan mata 15-8. Pertarungan set kedua akan berganti pada minggu hdapan.. katenye tak larat.. mane larat.. dah hempas pulas layan berset2 main double.. kene plak single.. nk muntah...

lain halnye pula dgn ayah sejuk.. tidaklah dikatekan agak mudah menjinakkan gopi kopi dengan kiraan mata 15-3, tapi ada sedikit kelembapan ayah sejuk bile mane sering kali tewas dgn hantaran base line.. mungkin masih tetap dgn pendirian.. lancaula bola belakang.. kerana sayangkan pergelangan tangan yg pernah retak dulu.. ayah sejuk menggunakan balasan hantaran yang lebih laju.. walaupun kurang menggunakan smash pumpkin... kakakaka..

ape yang pasti malam tu menjadi satu ttitik mula utk PGK bangkit semula di dunia kepahlawanan dan seterusnye membuat seteru2 seangkatan agar kembali dari UK dan terus menerus membanting lengan agar hikmat tertinggi dpt kecapai sblm ramadhan menjelma..

ayah sejuk ingin memperingatkan pada PKP agar siap sedia minggu hadapan agar single pertama dgn ayah sejuk dpt dijalankan.. jika ada kudrat teruskan ke single kedua.. biarlah belacan sakti dan PGK menjadi sakti.

adekah PKP dapat menjinakkan ayah sejuk diepisod mendatang.. sama2 ikuti alkisahnye.. amin...

Sunday, August 19, 2007

Gopi Kopi....'kebangkitan'

Mungkin ada diantara pahlawan-pahlawan sekalian sudah tidak ingat kepada Gopi Kopi....mungkin kerana dia hilang dari dunia kepahlawanan secara tiba-tiba....bagai kabus yg hilang di waktu pagi....kekekekekek.....bagi hamba, jaguh seperti Gopi Kopi bukanlah jaguh yg biasa.....bak kata pepatah.....pendekar bole melupekan dunia kepahlawanan, tetapi dunia kepahlawanan tidak akan melupakan pendekar....

kemunculan Pendekar Gopi Kopi sejak 2 minggu ini di arena Ampang, pasti akan menimbulkan tanda tanya pada kebanyakan pendekar2 sekalian...kemanakah hilangnyer PGK????adakah dia akan menceburi dunia kepahlawanan semula?bagaimana pula hikmatnya?bla...bla...bla.......hamba ingin memberitahu sedikit rahsia....PGK....bakal menggegarkan dunia kepahlawan kembali....pendekar itu jika bergabung dengan TBK.....mungkin akan memberikan tentangan.....bagi pendekar2 semua...tunggu sahaja lah PGK diarena2 pertarungngan.....pasti satu hari nanti dia akan muncul...jika masa itu tiba....biar hamba Pendekar Kaki Phoenix a.k.a Pedang Fajar menghapuskannya...(bagi gua....PGK nih macam biskut jer...kejap ader....kejap takde...kekekekekek)...sekian....

Tuesday, August 14, 2007

kebangkitan..



Pertarungan telah dimulakan dan masing masing mahu mempertahankan kedudukan mereka dan merampas kembali kuasa teraju dunia kepahlawanan. Dalam pada pahlawan-pahlawan ini berperang sesama sendiri, seorang pahlawan yang sangat merbahaya dari nun KL memerhatikan segala yang berlaku dengan pandangan mata yang redup. Keseimbangan kuasa akan berubah. Masih terlalu awal baginya untuk campur tangan dalam pertelingkahan. Akan tiba masanya untuk kehebatan, masa untuk para wira-wira dan lagenda. jeng.. jeng.. jeng..

Monday, August 13, 2007

Badi Suram

Isnin malam selasa minggu nih begitu dingin dan agak suram dengan ketiadaan kelibat jaguh setiakawan Belacan sakti. Suasana agak suram yang hanya dihadiri oleh Teman pendekat Kaki phoenix, Ed, Dom Tibet, Uncle Spec, J10P, Dr.Syco dan ayah sejuk..

Pertarungan agak remeh seperti main2 jek.. dimana pertarungan bermula dengan mudah2 kaki phoenix + Uncle Spec menewaskan Dom tibet + Ed. seolah2 tiada bernyawa dan mungkin hanya menjuruskan hikmat pemadas badan.. dengan hanya beberapa serv jek perlawanan telah tamat.. begitu suram sekali pertarungan..

pertarungan kedua menggunakan hikayat KING STAY telah menurunkan ayah sejuk + Dr. Syco mencabar teman pendekar kaki phoenix + Uncle Spec (kalau salah partner tlg betulkan jin). Pertarungan agak biasa2 saje. banyak kesilapan teman pendekar Dr. Syco yang memaksa ayah sejuk seperti berputih tulang.. maklumla baru 2 kali berlatih hikmat bersama setiakawan.. jika nk dibandingkan dgn teman2 yg lainnye... kesudahannya kaki phoenix + Uncle speck tetap bermaharaja lela..

kemudiannya sekali lagi KING STAY dimana kaki phoenix tetap didalam gelanggan pertarungan sementara Uncle yang keletihan telah berganti dgn J10P.. turun mencabar disitu Ed + Dom Tibet.. dengan mudah juga teman pendekar kaki phoenix + J10P dpt menewaskannya.. agak suram juga dan kurang menjadi permainan teman Ed + dom.. entah kenapa.. mcm main2 jek.. nampak ketidak puas sekali terbayang diwajah teman pendekar kaki phoenix akan perlawanan sebegituh..

dengan senyuman bangga kaki phoenix keluar dari gelanggan pertarungan yang suram dan meninggalkan J10P supaya bergandingan dgn ? ( aku lupa) berlawan dgn ayah sejuk + Dr. Syco ( ini pun aku lupa betul ke tak) yang pasti ayah sejuk tewas padahal setelah mendahului 14 - 10


kemudiannya.. ayah sejuk + J10P cuba bersemuka dengan Kaki phoenix + Uncle Speck... dengan kelam kabut dan tungang langgang tu akhirnya tewas kembali ayah sejuk ditangan gandingan kaki phoenix + Uncle spec. ( yang ni aku lupa, turutan perlawanan adekah yang ni dulu atau yang atas dulu)..

dan kemudianannya ayah sejuk telah keluar ke luar kawasan pertarungan dgn bermain2 dgn anak2 di tepian gelanggang futsal.. kedengaran teman pendekar kaki phoenix telah bergandingan dgn Dr.Syco dan bersemuka antara ? ( aku tak pasti ) bile Dr. Syco keluar dia katekalah itu jek.. jadi siapakan dajal pemusnah kemenangan teman kaki phoenix?

dan dikesempatan perlawanan terakhir malam tuh dimana dalam kesuraman yang agak kelam tuh.. ayah sejuk bangkit dari kehangatan dan cuba bergandingan dgn Dom tibet mencabar teman kaki phoenix + J10P.. akhirnya kesuraman malam itu menimbulkan sinar setelah J10P dihujani berbagai2 jurus maut.. dan seperti biasa masih ade jurus hapuskan bola didepan jaring yg tidak dapat disempurnakan olej J10P.. perkara sebegituh membuatkan kaki phoenix kurang gemar kepada corak permainan teman J10P.. diakhirnya teman kaki phoenix + J10P tewas jua ditangan ayah sejuk + Dom Tibet.

setelah kurang puas hati lagi J10P tetap berpartner dgn teman kaki phoenix mencabar lantang ayah sejuk + Dr. Syco. perlawanan agak menarik di saat akhir ni serana J10P telah melakukan aksi2 jurus tujahan maut yang ada juga menjadi dimana ayah sejuk tidak dpt memulangkan semula jurusan tersebut. Teman pendekar Dr. Syco yang diawalnye kerap kali membuat kesilapan sering menerima motivasi dan hasutan kultus iblis dari gundik raja ayah sejuk.. ternyata akhirnye jurusan sama2 rata kehebatan antara Dr.syco dan J10P nyata berpihak pada Dr. Syco. dan menyebabkan perlawanan akhir tu berpihak pada ayah sejuk + Dr Syco.. lega rasenya

kesimpulannya pertarungan malam tu agak suram. teman gabungan ed+dom tibet kurang manjadi. uncle cukup hepi dgn gandingan bersama kaki phoenix. Jaguh 10 Peminjam tetap dengan pedang syaitan yang masih kurang sebati semangat membunhnya. Kaki phoenix bertarung dgn agak laju. serv laju smash pun selalu... sementara ayah sejuk sibuk melatih Dr. Syco dan ada juga menjual hikmat tujahan maut.

P/s : walaupun berbekalkan pedang tempaan tiruan. namun masih mampu menjuruskan hantaran di luar bacaan lawan. (anehkan) memang tak pinjam pedang teman pendekar lain malam nih. he he.. masih tetap menunggu teman belacan sakti agar turun beradu tenaga di minggu hadapan. telah termeterai janji agar pertarungan secara solo antara kaki phoenix X ayah sejuk X belacan sakti..

episod mendatang = adekah kaki phoenix dpt menewaskan teman pendekar belacan sakti dan seterusnya meratah ayah sejuk seperti yang diwarkan2 di alam dunai setiakawan. sama 2 ikuti episod mendatang...

Sunday, August 12, 2007

yamato no hane !!!


seperti biaser malam nih musti ade pergolakan... harapnyer seperti biaser liputan yg meluas akan dapat dihikayatkan... sungguh ternanti nanti lawan yg bisa memberikan tentangan yg tidak ada kesiannyer lagik apabiler hari kepulangan sudah tiber... bak kata pepatah di dlm dunia kepahlawanan... kalau selamanyer tidak kalah pun tidak akan memberi makner menjadi pendekar... biar mati asal dpt idup kembali.. kalau tidak adenyer dendam kesumat maka suram laa dunia kepahlawanan..... kalo merajai dunia kepahlawanan selama-lamanyer, tak bekembang plak hikmat.... uihh aper plak gua ckp nih.. aper pun.... utk membaka semangat jaguh jaguh... siler laa membaca hikayat YAMATO NO HANE !!!!

ok download kat sini yer:


Wednesday, August 08, 2007

Nampaknye kemenangan yg di kecapi oleh Ayah Sejuk dan Pedang Sakti betul2 memberikan semangat baru kepada pasangan itu.......kata-kata yg di hamburkan amatlah pedas didengari oleh Kaki Phoenix, tidak sungguh disangka keangkuhan mereka semakin menjadi-jadi....

Ayah Sejuk ada menyatakan hasrat utk bersemuka dengan TBK.....apakah kemenangan baru2 ini membuatkan mereka melupakan Kaki Phoenix.....ishh...ishh...ishh......Ayah Sejuk juga ingin mengajak Pahlawan-pahlawan pedang utk hadir di Gelanggang Klang (court kat area rumah ayah sejuk.....dia kater ar...) bagi memperlihatkan hikmat-hikmat pahlawan sekalian......hhhmmm.....nampaknye dunia kepahlawanan bergolak semakin kuat lagik...tanpa TBK yg kini sedang merantau, dapatkah dia merasai aura-aura yg makin tersebar liar.....Pedang Suci hamba menunjukan sedikit getaran, tapi sedikit sahaja.....heheheheheh....kalau mau pedang suci bergetar kuat....kasik angkat lah Pedang Berkelajuan Nano......heheheheheh....

Utk TBK pula, sediakan sahaja Kotak Edisi Terhad yg hamba minta tuan TBK tempa itu...hamba tunggu di KLIA....hahahahahahah.....tentang ikan-ikan bilis ini, serahkan kepada Pedang Fajar .... opppsss....Pendekar Kaki Phoenix....tau lah hamba selesaikan......kekekekekekk

Monday, August 06, 2007

Pedang Syaitan Hanya Nama

wewewewewe.. khabaran kultus syaitan minggu lepas yang mengatakan jaguh bekembar ayah sejuk dan belacan sakti sebagai anak2 bilis.. sungguh kurang diajar... tak perlulah reporter menyatakan namanya.. hanya jauhari mengenal manikam.. muniandi.. mutusamy.. munielek.. citttt pooorrraaaahhh...

selama ni khabar2 omong2 kosong semata2.. bayangkan lah.. ayah sejuk dan belacan sakti bagaikan tak terasa hebat atau kuat manapun pihak lawan yang bertarung pada minggu ni.. semuanya umpama telur dihujung tanduk kucing.. so faham2 je lah.. nak tunggu kucing bertanduk sampai 1000 keturunan ayah sejuk dan belacan sakti pun belum tentu ada persembahan pihak lawan yang benar2 memuaskan... wewewewewe..

jurus2 pukal ditepian net belacan sakti sungguh istimewa dan cukup sempurna apabila mencapai hikmat terulung. hinggakan kaki phoenix sendiri tewas dengan permainan anak wira didepan jaring.. kerap kali hampir mendapat habuan smash ke dahi tapi sebaiknya jangan.. tapi terlepas pula satu serangan ayah sejuk ketika mematikan serv ED.. lantas terjuruslah patuk kan ke pipi.. sementara itu ayah sejuk tetap dengan kebengisan amarah dendam dan telah memusatkan serangan tujah menujah hampir seseluruh pertarungan.. sehingga menampakkan gentar di hati kaki phoenix dan hanya dapat ketawa ketika bola sangkut dijaring..

smashing all night long.. suara hati perasaan belacan sakti dan permintaan yang diwar2kan oleh kaki phoenix dilaksanakan oleh ayah sejuk dengan sempurna sekali.. hikmat meringgankan badan hampir menyeluruh telah berjaya dikuasi cuma kesakitan dahi kerana resdung membuatkan kuasa tujahan smash menjadi 85% cuma.. ( itupun pakai reket pinjam muscle power kaki phoenix) kalau pakai reket gua yang rokel (nanospeed9000) konpem bola tak bleh blah.. lagilah nk anto base line.. jin cukup suka gua angkat bola base line dia.. konpem dpt smash..

tak payah lah nak ceritakan riwayat pedang syaitan kali ini.. hanya indahkhabar dari rupa.. rupa pun tak serupa seperti yang dipalitkan digugusan yang lepas.. pedang syaitan hanya digunakan oleh jaguh 10 peminjam seperti bermain jolok2 anak ketam di kaki pantai.. adekah itu teknik yang diajokan si kaki phoenix.. sehinggakan kaki phoenix mencari helah agar pertarungan guruh pemecah tulang di tukar ke pertarungan tektikal hambar kucar... kaki phoenix cuba membawa ayah sejuk dan belacan sakti kealam sandiwara tektikalnya.. tapi ianya memakan diri sendiri.. kerap kali J10P menerima tekanan dari kaki phoenix yang selalu mengharapkan agar pedang syaitan bernyawa.. hampa sungguh teman pemedang.. jadi adekah wajar jika ayah sejuk menyatakan pedang syaitan tak layak utk J10P.. kerana dengan adanya pedang yang ditempa sendiri.. maka hikmat jurus maut skil peminjam tak dapat dilaksanakan.. oleh itu.. nasihat dari ayah sejuk.. biarlah bergantungan bola didepan net ngam2 paras2 sedap2 smash.. supaya dapat J10P melatih diri melaksanakan jurus matikan bola dengan sempurna... kekekeke...

jadi kirenya dendam hangat membara masih ada.. silalah kemukakanlah agar minggu2 mendatang ayah sejuk dan belacan sakti tidak merasa seperti anak2 bilis yang menewaskan jerus2 buragas... keputusan perlawanan malam tu seperti dibawah..

ari + ed lawan jin + lupe nama = ari ed menang
ari + ed lawan jin + sting = ari ed menang
azan + sting lawan jali + lupa nama = azan sting menang
ari + azan lawan jin + ed = ari azan menang
jin + sting lawan ed + lupa nama = ed lupa nama menang
jin + sting lawan ed + lupa nama = ed lupa nama menang
ari + azan lawan jali + sting = ari azan menang
ari + azan lawan jin + sting = ari azan menang (jin ajak main tektikal)

well TBK.. hope u see now.. who is the real one you can fight soon... so sambungla sape2 nak cerita.. kekekekek.. komen pun biar pedas2.. terima kasih kepada ed dan teman paling disanjungi belacan sakti kerana berjaya menewaskan lawan kite pada minggu ini..

p/s : baik kaki phoenix menarik balik kata2 nak melepaskan dulu dengan bebudak subang reket baru nk lawan TBK. dan tu berikan masa hanya 3 minggu.. aku wase azan boleh wasenye mcm tak serik2 kalah jek.. jangan alasan bermain secara tektikal dijadikan permintaan...

Sunday, August 05, 2007

kisah pedang-pedang

arkian maka disebutkan laa satu kisah.. bahawasanye.. dunia kepahlawanan digegarkan lagi.. tapi bukan dgn kedatangan jaguh baru.. tetapi kedatangan pedang(s) baru dan kelahiran semula seorg pendekar yg sudah lama pergi berkelana.... tanpa belas dlm diam tak diam berasa kedukaan yg sedikit demi sedikit dirasakan seperti memakan jiwa.. jaguh 10 peminjam (j10p) yg terdahulunyer lebih terkenal dengan hikmat pedang peminjam telah dilahirkan semula dengan pedang syaitan... terus terang tanpa belas berasa sungguh jaki kerana janji en. yonex yamamoto satu ketika dahulu adalah utk mencipta pedang yg sungguh dasyat kuasa serangannyer tapi bukan mudah utk dikemudi utk tanpa belas... di dlm misi utk kembali dilahirkan semula sebagai jaguh baru setelah selesai hikmat membatal kan segala ketera-an nyer menjelang 2 purnama....

tapi nampaknyer.. manusia punyer asa tuhan punyer kuasa.. ehh.. betul ker tebalik daaa tapi gua pun tak igt... kakakkakaa... terbang laa pedang syaitan ke tangan j10p... tercalar jiwa raga tanpa belas .. terasa ign bedendam sajer dgn j10p kalo tidak kenangan manis yg lepas semasa menggegar dunia kepahlawanan..... tidak cukup dgn beriter sumbang itu.. kaki pheonix (a.k.a pedang fajar) dlm misi melengkapkan jurus kepahlawanan -nyer dgn menempa sebilah pedang baru.. pedang yg tanpa belas sendiri tidak tau apakah gerangannyer kerana sepatutnyer menjadi lawan pedang syaitan.. (aper kah lawan pedang syaitan... entah laa cadangan terbuka... kalo bagi nama pedang menyucikan syaitan pun aku igt ganas jugak)... aperpun api kemarahan kaki pheonix begitulah kuat auranyer hinggakan naik urat urat di tangan tanpa belas... ish ish....



iyer .. sampai begituh dasyat laa dua pedang yg diperturunkan oleh jaguh jaguh nih... ish ish... mungkin kalo digandingkan.. akan membentuk pasukan yg sungguh menakutkan dan tidak bole kalah... tapi ini bukan citer keleng.. sebaliknyer ini ceriter pedang setiakawan... maka jauh dari gelanggang petaruhan.. tanpa belas perlu mencari ketenangan abadi utk membolehkan rase amarah yg tetiber muncul ini ditenteramkan... huu.... kalo tidak tak sempurna hikmat pembatalan ketera-an dan kejurusan nih nanti.... aper pun.. utk informasi umum pembaca pembaca yg lain.. senarai pedang pedang jaguh setiakawan bedasarkan sape yg paling byk pedang sekali....












Koleksi Yonex Yamamoto
Kaki PhoenixPedang Menyucikan SyaitanArmortech 900T SP

Pedang Kekuasan Tidak TerbatasMP 100
Pedang SaktiPedang Tidak TertempaTi 10 SP

Pedang Unggul yg SatuArmortec 300 SP
Tanpa BelasPedang Tidak BerpedangNanospeed 9000S SP

Pedang Mati Segan Idup Tak MauArmortec 700 SP
Ayah SejukPedang Kelajuan Tak TerbatasNanospeed 8000 SP
Jaguh 10 PeminjamPedang SyaitanArmortec 900P SP
Gopi KopiPedang Unggul yg SatuArmortec 300 SP


Nama pedang kalo tak gemor sila masuk dan tukar sendiri.... kekekekke... disebabkan hati tanpa belas sudah sedikit kerana janji en. yamamoto sudah menjadik janji manismu.. maka... ingin laa die memperturunkan pedang tidak pedang kalo ade jaguh yg sudi... bole tinggalkan pesanan selepas bunyik.. tooot... hehehehheheheheh... ongkosnyer bole dirunding dan bole baya ansuran.. kekekkekekeke

Pendekar & Jaguh