Monday, August 13, 2007

Badi Suram

Isnin malam selasa minggu nih begitu dingin dan agak suram dengan ketiadaan kelibat jaguh setiakawan Belacan sakti. Suasana agak suram yang hanya dihadiri oleh Teman pendekat Kaki phoenix, Ed, Dom Tibet, Uncle Spec, J10P, Dr.Syco dan ayah sejuk..

Pertarungan agak remeh seperti main2 jek.. dimana pertarungan bermula dengan mudah2 kaki phoenix + Uncle Spec menewaskan Dom tibet + Ed. seolah2 tiada bernyawa dan mungkin hanya menjuruskan hikmat pemadas badan.. dengan hanya beberapa serv jek perlawanan telah tamat.. begitu suram sekali pertarungan..

pertarungan kedua menggunakan hikayat KING STAY telah menurunkan ayah sejuk + Dr. Syco mencabar teman pendekar kaki phoenix + Uncle Spec (kalau salah partner tlg betulkan jin). Pertarungan agak biasa2 saje. banyak kesilapan teman pendekar Dr. Syco yang memaksa ayah sejuk seperti berputih tulang.. maklumla baru 2 kali berlatih hikmat bersama setiakawan.. jika nk dibandingkan dgn teman2 yg lainnye... kesudahannya kaki phoenix + Uncle speck tetap bermaharaja lela..

kemudiannya sekali lagi KING STAY dimana kaki phoenix tetap didalam gelanggan pertarungan sementara Uncle yang keletihan telah berganti dgn J10P.. turun mencabar disitu Ed + Dom Tibet.. dengan mudah juga teman pendekar kaki phoenix + J10P dpt menewaskannya.. agak suram juga dan kurang menjadi permainan teman Ed + dom.. entah kenapa.. mcm main2 jek.. nampak ketidak puas sekali terbayang diwajah teman pendekar kaki phoenix akan perlawanan sebegituh..

dengan senyuman bangga kaki phoenix keluar dari gelanggan pertarungan yang suram dan meninggalkan J10P supaya bergandingan dgn ? ( aku lupa) berlawan dgn ayah sejuk + Dr. Syco ( ini pun aku lupa betul ke tak) yang pasti ayah sejuk tewas padahal setelah mendahului 14 - 10


kemudiannya.. ayah sejuk + J10P cuba bersemuka dengan Kaki phoenix + Uncle Speck... dengan kelam kabut dan tungang langgang tu akhirnya tewas kembali ayah sejuk ditangan gandingan kaki phoenix + Uncle spec. ( yang ni aku lupa, turutan perlawanan adekah yang ni dulu atau yang atas dulu)..

dan kemudianannya ayah sejuk telah keluar ke luar kawasan pertarungan dgn bermain2 dgn anak2 di tepian gelanggang futsal.. kedengaran teman pendekar kaki phoenix telah bergandingan dgn Dr.Syco dan bersemuka antara ? ( aku tak pasti ) bile Dr. Syco keluar dia katekalah itu jek.. jadi siapakan dajal pemusnah kemenangan teman kaki phoenix?

dan dikesempatan perlawanan terakhir malam tuh dimana dalam kesuraman yang agak kelam tuh.. ayah sejuk bangkit dari kehangatan dan cuba bergandingan dgn Dom tibet mencabar teman kaki phoenix + J10P.. akhirnya kesuraman malam itu menimbulkan sinar setelah J10P dihujani berbagai2 jurus maut.. dan seperti biasa masih ade jurus hapuskan bola didepan jaring yg tidak dapat disempurnakan olej J10P.. perkara sebegituh membuatkan kaki phoenix kurang gemar kepada corak permainan teman J10P.. diakhirnya teman kaki phoenix + J10P tewas jua ditangan ayah sejuk + Dom Tibet.

setelah kurang puas hati lagi J10P tetap berpartner dgn teman kaki phoenix mencabar lantang ayah sejuk + Dr. Syco. perlawanan agak menarik di saat akhir ni serana J10P telah melakukan aksi2 jurus tujahan maut yang ada juga menjadi dimana ayah sejuk tidak dpt memulangkan semula jurusan tersebut. Teman pendekar Dr. Syco yang diawalnye kerap kali membuat kesilapan sering menerima motivasi dan hasutan kultus iblis dari gundik raja ayah sejuk.. ternyata akhirnye jurusan sama2 rata kehebatan antara Dr.syco dan J10P nyata berpihak pada Dr. Syco. dan menyebabkan perlawanan akhir tu berpihak pada ayah sejuk + Dr Syco.. lega rasenya

kesimpulannya pertarungan malam tu agak suram. teman gabungan ed+dom tibet kurang manjadi. uncle cukup hepi dgn gandingan bersama kaki phoenix. Jaguh 10 Peminjam tetap dengan pedang syaitan yang masih kurang sebati semangat membunhnya. Kaki phoenix bertarung dgn agak laju. serv laju smash pun selalu... sementara ayah sejuk sibuk melatih Dr. Syco dan ada juga menjual hikmat tujahan maut.

P/s : walaupun berbekalkan pedang tempaan tiruan. namun masih mampu menjuruskan hantaran di luar bacaan lawan. (anehkan) memang tak pinjam pedang teman pendekar lain malam nih. he he.. masih tetap menunggu teman belacan sakti agar turun beradu tenaga di minggu hadapan. telah termeterai janji agar pertarungan secara solo antara kaki phoenix X ayah sejuk X belacan sakti..

episod mendatang = adekah kaki phoenix dpt menewaskan teman pendekar belacan sakti dan seterusnya meratah ayah sejuk seperti yang diwarkan2 di alam dunai setiakawan. sama 2 ikuti episod mendatang...

1 comment:

kenit said...

uihh.. teman membaca pun terasa tidak meriah... mungkin apabiler sudah tiber siri bunuh membunuh.. baru setiakawan akan begegar....

Pendekar & Jaguh