Monday, August 27, 2007

pertarungan terakhir

Diepisod yang lalu, cabaran PKP kepada ayah sejuk untuk perhitungan secara single telah dinanti2kan oleh klan2 sekalian. Sememangnya di alam perwira setiakawan, tahta menerajui ' sape paling power sebenarnya ' hanya dpt ditentukan dgn pertarungan secara single. tahta yang sering bertukar ganti sebelum ini hanya dinyatakan didalam kitap setiakawan dan dipegang lama oleh TBK. Perantau TBK di UK telah membunuh semangat juang tanpa belasnya dan kesempatan itu digunakan sepnuh hati dan perasaan oleh PKP (kaki phoenix).. kesungguhan PKP melaksanakan jurus2 base line seringkali membuatkan musuh atau lawan serta seteru2nya seperti membunuh diri sendiri. Rupa2nya PKP lebih kejam dari TBK...

beralih pula kepada kisah minggu ni..

Dikeheningan malam yang sejuk membuatkan ayah sejuk lebih berani meredah arus bayu hujan renyai2 supaya dapat juga menghadirkan diri di gelanggang maut subang reket.. yang pada awalnya pemergiannya ke subang reket telah dinafikan kerana ada kenduri malam nisfu syaban. Namun dimalam keberkatan ini, ayah sejuk merasakan ape salahnye melepaskan keringat yang mungkin terakhir dalam episod tahun mencari tahta ' siapa power sebenarnya ' dan sekali gus menjawab semua persoalan yang bermain dan diimpi2kan oleh PKP.

Pada dasarnya PKP telah merasa kecewa kerana perhitungan maut seakan dinafikan namun selang beberapa minit ketibaan ayah sejuk memberi sedikit nyawa dan semangat tarung yang tinggi kepada PKP. Seperti episod2 yang lalu, jaguh yang sedia ada dan menghadirkan diri tuk melayan kerenah PKP ialah, pendekat Ed, Pendekar Dom Tibet, Pendekar Belacan Sakti, Pendekar Armin, dan Ayah sejuk sendiri.. menyedari hakikat pada episod kali ini dimana single perlu dilakukan, ayah sejuk telah merancang strategi kire mau untung nasib la kan...

Pada awal pertarungan, semangat membara PKP telah memusatkan segala jurus ' aku cover kau ' dimana PKP sering mengkover semua bola blah belakang dari diambil oleh Pendekar Armin. Walaupun jurus membunuh telah dipusatkan 100% kepada pendekar armin.. sungguh gila kuasa PKP. Tapi sebenarnya itulah teknik latihan konsep bertahan dan merancang strategi yang dilatih oleh PKP setiap minggu.. seperti kata pepatah melayu, selagi masih bernyawa, akan kukerah kudrat untuk pertahankan maruah bangsa dan negara, namun akhirnya PKP kecewa juga dgn kekalah ditangan Dom tibet dan P-eD. ( aku lupa bape kiraan mata)

Setelah merehatkan Pendekar armin, PKP mengajak ayah sejuk supaya berganding bahu menewaskan Dom tibet dan P-eD, ternyata gabungan padu kuasa tujahan ayah sejuk dan tektikal PKP mmbuah kan hasil, nyata tidak menjadi sia2, tapi disebalik gabungan itu timbul dihati PKP dan ayah sejuk mungkinkah aura beracun dan jurus2 maut telah diserap oleh diri masing2. mungkin ada udang disebalik batu. Jelasnya sekarang belang tarung PKP kembali timbul setelah dpt merasai kemenangan.

Kemudiannya PKP melihat peluang tuk melatih kembali skil ' aku cover semua ' dimana pendekar armin sedia bertapa didepan. Kesempatan itu digunakan oleh Belacan Sakti tuk melakukan skil2 memukal didepan net dan hasilnye sangat2 memuaskan bile mana Pendekar armin sering menjadi mangsa kekejaman. Tapi dari awal ke akhir perlawanan ayah sejuk merasa tidak la sedap hati jika jurus maut terus menerus kepada Pendekar armin. lalu tujahan ade kalanye dihujah2kan kepada PKP. dan akhirnya ayah sejuk + belacan sakti menang dengan agak relex.

PKP terpaksa akur dgn kegagalan mengcover semua jurus maut dan bergantilah jaguh utk menyahut cabaran. kali ini Dom Tibet + P-eD menjadi mangsa kekejaman belacan sakti dan ayah sejuk. gabungan jurus pukal ditepian jaring dari belacan sakti dan smashing pumpin dari ayah sejuk telah membuahkan hasil. semaksimun yang boleh itulah kate ayah sejuk kepada belacan sakti. mungkin ayah sejuk telah lupa bahawa tenaga yang dikerah akan membuatkan perlawanan single dgn PKP nanti akan memakan diri sendiri.. setelah agak berhempas pulas, nyata kemenangan milik belacan sakti + ayah sejuk.

Setelah 3 game berturut2 ayah sejuk merasai kemenangan dan meragut sekalian klan2 punye kuaser, maka berehatlah seketika ayah sejuk + belacan sakti, sekali lagi kesilapan dilakukan oleh ayah sejuk + belacan sakti dimana telah mengambil keputusan menghisap candu. kurang baik tuk budak2 sport la kan.. kakakakaka

Sekembalinya ayah sejuk + belacan sakti digelanggang pertarungan kelihatan PKP + Pendekar Armin berhempas pulas tuk menewaskan Dom Tibet + P-eD, tidak taulah siapa yang mengambil nyawa pada pertarungan tersebut. dan kesudahannya, seperti rasa tak puas hati, PKP telah mengajak dom tibet tuk bergabung tenaga dan lalu mencabar ayah sejuk + Belacan sakti. Dengan rasa keletihan dan baru saja selesai menghisap candu, nyata pertarungan seperti melatih ikmat ringan2 dengan dayang bunting. maka jasilnya PKP tersenyum lebar. sungguh2 tak menjadi.. setelah berehat sebentar ditepian. akhirnya perhitungan maut yang dinanti2kan dilangsungkan..

dengan semangat juang yang tinggi PKP telah menggunakan hikmat2 jurus pukal ke base line.. boleh dikatekan kesemuanya ke baseline.. sungguh kurang diajar dan kejam.. dengan kudrat separuh tenaga kepenatan dan amat sangat tak larat ayah sejuk cuba juga menghadapi segala tusukan dengan melakukan sekali sekala drop drop dan base line juga.. mungkin setelah seharian menahan lapar ( puasa nisfu syaban) dan ke nervessan mengambil ujian JPJ (lesen kereta) sedikit sebanyak mempengaruhi kekalahan ayah sejuk di malam itu. namun semua itu bukan alasan ayah sejuk tuk tewas dgn kiraan mata 15-9... ianya menjadi semangat dan belang tarung yang tercalar hinggakan ayah sejuk pula berani mencabar PKP tuk edpisod mendatang. tapi agak kecewa kerana tiada lagi episod mendatang kerana menghormati bulan ramadan yang bakal menjelma. Pasti Belacan sakti juga dahagakan set ke-2. Alang2 kalah biar mati dengan 2 set pertarungan.. huhu.. rupa2nya kekejaman PKP jelas nyata bila mana dipwertarungan itu dengan sengaja dia memberikan ayah sejuk menggunakan pedang syaitan yang tak boleh belah sedangkan dia menggunakan pedang yang memang boleh belah tuk hantaran2 ke base line.. sungguh kejam. hingaakan ayah sejuk merasakan seperti dipergunakan dengan harga pedang tersebut tetapi ape kes PKP gunakan pedang Ti10.. rupenye ade udang disebalik batu. itulah pedang yang boleh belah tuk hantaran ke baseline.. siot kan.. gua tak puas hati.. gua nk repeat balik.. tapi tak jadi, bile mane bulan 9 ni off tuk booking.. so abaikan je la..


Setelah pertarungan diantara Ayah sejuk dan PKP berakhir, turun pula belacan sakti untuk mencabar ayah sejuk yang telah keletihan.. kali ini ayah sejuk mencuba pedang Ti10.. manakala belacan sakti menggunakan pedang syaitan milik PKP. Ternayata dengan menggunakan pedang Ti10 pukulan base line ayah sejuk menjadi. kali ini menjadi mangsa la pula belacan sakti. Tetapi tidak la semudah yang disangka.. Sungguh liat dan kemas permainan belacan sakti dijaring.. nyata bile bola rendah dan didepan net semuanya milik belacan sakti.. hampir gigit jari ayah sejuk bile kudrat yang ade digunakan sepenuhnya... sungguh kejam juga belacan sakti. tidak mahu membiarkan ayah sejuk berada dirangkin kedua dalam kiraan single setelah PKP. namun akhirnye kemenagan memihak kepada ayah sejuk dengan kiraan mata 15-8.. siot la.. letih giler...

Dan diakhir pertarungan maka terlihatlah 3 pahlawan ulung bertukar2 cerita. kisah dimana diwar2 kan oleh TBK yang akan kembali dari pertapaan di UK. seperti laungan maut dimana TBK ber-3 (TBK, PKP, STING) suke muka nak lawan (PKP, B.SAKTI, Ayah sejuk). katenya mereka dari klan2 pendekar baik2 yang cuba mempertahankan negara dari dijajah oleh pihak kami (indon) siot kan.. adekah keranda sudah disediakan sendiri dengan laungan tersebut.. dan sekali lagi yang menjadi persoalan, TBK hanya menghantar dirinye sahaja tuk beradu secara single dgn kami seteru ber-3 sorang demi sorang. ingai bai.. sorang demi sorang. x kan la semudah itu nak meratah jagung manis.. mcm tak sayang jantung jek.. kakakaka.. well hanya jauhari mengenal ayah dia.. so tunggu lah episod malam ramadhan nanti..

Terngiang2 kata2 PKP yang mahukan agar nukilan setiakawan diupdate pada malam itu juga. Supaya TBK dapat menerima utusan maut yang telah terpahat dan terbukti bahawa PKP sedag bermaharajalela sekarang ini. citttt.... dan buat sekalian kalinya.. semoga perhitungan 3 lawan 3 dpt dilaksanakan pada malam ramadan nanti..

Diminta PKP menempa gelanggang pertarungan supaya TBK tidak hampa bile pulang dari pertapaan nanti. Jadi buat masa ini, raking gelanggang maut subang reket telah ternyata dimiliki oleh PKP. Adakah PKP dpt pertahankan tahta tersebut sepurnama lagi.. sama2lah ikuti episod2 mendatang dalam dunia setiakawan.. wewewewewewe...

p/s: azan, kalau ko jadi beli reket jin jgn tak jadi plak tolak Ti10 kat aku k, 300 instalment. hu hu

1 comment:

kenit said...

puhh... ternyata ini laa penulisan setiawakan yg paling panjang dalam sejarah.... wakawkakwkakkakakwkwakaka

Pendekar & Jaguh