Sayup-sayup angin penghawa dingin memasuki rongga-rongga tekstil di baju, tiba-tiba kedengaran seolah-olah pintu di ketuk. Ahh.. ia datang dari aura seorang pahlawan ulung yang ingin membalas dendam. Aura yang hadir di setiap petang di tingkap YM menyatakan hasrat membalas segala yang kusut di jiwa nya.
Pedang GEndut Sakti (PDS - bukan nama sebenar) sentiasa berhati-hati dalam setiap langkahnya agar setiap hasil pukulan membawa mata. PDS adalah gelaran membuta tuli yang diberi oleh Pendekar Tanpa Belas Kasihan (tak sedap nama ni). PDS walaubagaimanapun lebih dikenali dengan Teman Pendekar Helang Sakti (TPHS). Ini kerana beliau bukanlah berasal dari kalangan pendekar, akan tetapi kerapkali menjadi duri dalam daging dalam pertempuran maut.
Pedang-pedang yang di punyai hanyalah pedang-pedang biasa yang diperturunkan oleh keluarganya. Pedang-pedang 'sekolah lama' yang mungkin tidak terdapat lagi dalam dunia kepahlawanan masih lagi di simpan agar sentiasa menjadi peringatan dari mana asal-usulnya. Ramai di antara pendekar-pendekar kini yang hanya memandang sebelah mata keupayaan pedang harimau laut, pro kennex dan yang agak baru adalah pedang unsur karbon ke-8. Pedang Unsur Karbon Ke-8 ini telah banyak berjasa pada tuan punya pedang atas kejayaan demi kejayaan yang dikecapinya.
Walaubagaimanapon, Teman Pendekar Helang Sakti sedar akan keuzuran fizikal yang di alami oleh pedang kegemarannya, lalu disimpan pedang itu dengan sempurna dan berkelanalah beliau mencari sinar pedang yang bakal menggemparkan dunia kepahlawanan. Setelah bertemu dengan pakar-pakar penempa pedang yang terkemuka, lalu sinar yang menjadi harapan beliau bagai sepintas lalu menyelinap kesegenap ruang mata dan hati dan berkata " Inikah pedang yang ku cari ? ". Pedang Kelajuan Nano 8000 yang telah dipegangnya kelihatan bewarna pelik dan segala-gala nya pelik. TPHS terpaksa mencari sumber-sumber yang berdekatan agar pedang yang sedang di pegang nya ini adalah pedang tulen yang di tempa oleh penempa pedang sakti yang terkenal yaitu PENEMPA YONEX SAKTI. Setelah di teliti oleh para penghuni Taman Pedang di isyhtihar kan kepalsuan Pedang berkenaan.
Dengan minda yang penuh kecewa dan hati yang gundah tiada lah dapat TPHS beraksi dengan unggul. Kemudian beliau mencari pemain-pemain pedang yang tidak dikenali untuk menguji keberkesanannya. Pucuk di cita ulam mendatang, pedang-pedang Penempa Yonex Sakti tulen di susun begitu teratur di dalam sarung masing-masing. Teman Pendekar Helang Sakti dibenarkan menguji setiap satu di situ. Hanya jauhari mengenal manikam, siri pedang perisai sakti telah berjaya membuatkan hari TPHS tersentuh dengan ketajaman dan ketangkasan jurus-jurus yang telah dipergayakan.
.....bersambunggggg
Wednesday, August 03, 2005
Teman Pendekar Helang Sakti (TPHS)
Posted by Zan at 4:21 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ceriterar...
-
▼
2005
(19)
-
▼
August
(14)
- Pahlawan Nombor Satu Terkejut Dari Tidur
- Tapak Tangan Unicorn
- se'tenang2 air dikolah siapa sangka jejentik berke...
- suatu ketika sedang berehat di beranda
- Terdetik Di Benak Jaguh Misteri
- Suatu Hari di Benak Pendekar Kaki Pheonix
- hikayat seribu pedang pulang ke asal...
- JURUS PEDANG TERKILAN
- PEDANG SEJATI
- pencarian pedang yg sejati...
- pertarungan terhenti
- aftermath : melaka raya
- Teman Pendekar Helang Sakti (TPHS)
- bermulanyer sebuah cereka
-
▼
August
(14)
4 comments:
butoo aaa bersambung..
penat bai....
sambung buat kejer
maner sambungannyer nih?...
hahahhahaha... tiada kesempatan dalam masa hamba untuk menyambung kembali perkara yang telah tergendala. Akan hamba usahakan esok atau lusa.
Post a Comment