Wednesday, August 10, 2005

pertarungan terhenti

kehangatan pertarungan semakin dirasai... semua jaguh2 handalan pedang masing2 memperlatihkan hikmat masing2 sebagai persediaan menjelang kejuaraan pedang 'all selangor' yang bakal menggegarkan dunia kepahlawanan sekali lagi selepas kejuaraan pedang 'all melaka'... yang pastinya tanpa belas kasihan (tbk) dan gopi kopi (gpkp) masing2 tidak henti2 berlatih bagi menguatkan lagik jurus2 dan hikmat2 pedang memasing.. kekalahan di 'all melaka' seakan menghantui dan mengganggu lagik fikiran dan jiwa kedua jaguh handalan tak terkalah '4 set straight' ini.. di tambah2 lagik ngan gaya 'menghasut fikiran' yang dilancarkan oleh teman pedang helang sakti (tphs) dan hati misai(h.misai) secara bertubi-tubi...

tbk dan gpkp sedar yang kekalahan di 'all selangor' bukanlah satu pilihan... masing2 menanam azam yang tinggi untuk menumpaskan tphs dan h.misai yang kini semakin bermaharajalela menggugat dan mengganggu ketenteraman dunia kepahlawanan dengan kekuatan mereka...

tinggal lat 2 hari lagi sebelum kejuaraan, datang utusan dari kultus tphs dan h.misai membawa khabar yang tphs tidak dapat menyertai kejuaraan 'all selangor' dan sekaligus menarik diri dari kejuaraan pedang itu. erm.. apakah rancangan sebenar tphs dan h.misai? begitulah persoalan yang timbul didalam hati tbk dan gpkp.... hasrat untuk memusnahkan terus ke'riak'an tphs dan h.misai tidak akan dapat di capai.. adakah ada muslihat atau konspirasi di sebalik penarikan diri tphs dari kejuaraan ini atau adakah kultus tphs dan h.misai tidak mahu kalah dan skaligus mengekalkan kejuaraan 'all melaka' mereka...?

jaguh 10 peminjam yang merupakan tuan rumah kepada kejuaraan ini tentunya berasa kecewa dengan situasi ini... namun begitu, mungkin inilah masanya beliau menunjukkan hikmat2 terulung nye, seperti hikmat 'menangguk di net' ( ataupun dalam prasa klasik, menangguk di air yang keruh ) dan hikmat 'serve tidak terbatas'nya (butoo) dengan ketiadaan tphs, kerana kejuaraan akan tetap diteruskan....

6 comments:

Anonymous said...

'Hikmat Tetakan Pantas Pembunuh Servis'...... tidak semena-mena gopi kopi melancar hikmatnya ke atas Jaguh 10 Peminjam.....bagi Pendekar Kaki Pheonix yg hanya memerhatikan dari belakang sambil bersedia menerima serangan dari tanpa belas kasihan...

Pendekar Kaki Pheonix adalah jaguh yg dtg dari jauh.....tbk yg slalu mendengar nama Hati Misai telah tersalah selama ini.....Pendekar Kaki Pheonix telah mengabui mata-mata jaguh2 tempatan dengan menggunakan nama Hati Misai....tujuan pkp dtg adalah utk melihat dan mencabar tbk yg telah mengatakan kepada seluruh dunia kepahlawanan bahawa dia adalah jaguh yg tak terkalah......pkp telah bersama-sama dengan tphs dengan menggunakan nama samaran h.misai.......

kemenangan tphs dan pkp di 'all melaka' telah membuatkan pkp utk memdedahkan identiti nya......nampaknya tbk bukan lah sehebat yg di perkatakan.........seperti seorang jaguh pernah berkata...'indah khabar dari rupa'........

semasa jaguh 10 peminjam mengemukakan jemputan utk berlatih bersama-samanya tbk dan gpkp.....pkp merasa inilah peluang nyer utk melihat,belajar, dan juga mengatur rancangan utk 'all selangor' kelak...memandang kan tphs tidak dapat turut serta.....byk yg terlah diperolehi dari pertarungan latihan bersama-sama jaguh-jaguh itu.......nampaknya pertarungan 'all selangor' akan lebih menarik lagi....ita tunggukan sahaja.....hanya satu kata-kata dari pkp.....'jangan sampai keranda sudah di bawa, baru hendak bercucuran airmata'.......

kenit said...

sungguh tak tepat ancaman dan luahan kata kata itu... tbk tidak bole dikalahkan oleh 2,3,4 atau 5 org jika die bersorangan... cumer gayanyer yg menyendiri menyebabkan die tidak dpt melancarkan jurus yg sama apabila berpasangan....

kenit said...

by the way.. sungguh kesian hati misai yg tidak ade blog kena tulis kat comment.. hehhehehehehehh

kenit said...

satu lagik.. waaaa.. kenaper begituh besa fontnyer.. mungkin bagus jugak idea ini.. lain org guna lain size font atau font type.. hmmmmmm

kenit said...

alamak.. byknyer gua komen.. borin beno nampaknyer gua ini... kaakk

Anonymous said...

tak perlu blog utk menyatakan kehebatan.....kakakakak

Pendekar & Jaguh