Monday, July 30, 2007

Kemunculan Pedang Syaitan..........

Malam ini masih seperti malam-malam yg lain.... kelihatan empat orang jaguh sedang bertarung di gelanggang.... Masing-masing sibuk mempamerkan hikmat-hikmat yg tak kunjung kalah... Tiba-tiba mereka terhenti.. pedang masing-masing bergetar dengan hebat seolah olah mengetahui bencana yg bakal mendatang....

Dari jauh kelihatan kelibat seseorang menghampiri mereka...membawa bersama sebuah kotak kuning.. semakin mendekati semakin kuat getaran pedang mereka.. Rupa-rupanya orang itu adalah Jaguh 10 Peminjam... setelah tidak kelihatan selama 3 pertarungan... kali ini dia tiba mengalas sebuah kotak kuning....

Sebaik sahaja J10P tiba, semua pedang berhenti bergetar seolah akur dengan aura yg dibawanya... Kehilangan J10P rupenya adalah untuk menempa sebuah pedang setelah sempurna hikmat sepuluh peminjam...

Masing-masing tertanya-tanya pedang apakah yg dimilikinya sehingga menyebabkan pedang2 yg lain bergetar tak keruan... Apabila pedang terhunus dan disertai dengan bau maut, barulah mereka menyedari J10P telah memiliki pedang lagenda..... PEDANG SYAITAN....

Beberapa orang pendekar yg hadir telah cuba menggunakan Pedang Syaitan tapi mereka tidak mampu menjinakkan pedang yg semulajadi ganas dan tak terkawal ini... J10P juga hampir2 mengalami kuasa makan diri apabila tidak dapat mengawal kuasa yg terhasil dari pedang Syaitan ini..

Tapi akhirnya dengan bantuan Pendekar Kaki Phoenix, J10P berjaya menunjukkan kehebatan pedang Syaitan dan mengalahkan Jaguh Ayah Sejuk dan partnernya...Belacan Sakti

3 comments:

Zan said...

kEHEBATAN Pedang Syaitan amat menakjubkan dan pasti menyebabkan pihak lawan ternganga dengan teknik dan taktik semulajadi yang dibawa bersama. Semoga di keberikutan nanti pemegang pedang syaitan sedar bahawa hanya jauhari mengenal manikam.

daddy cool said...

rupa-rupanya... jaguh 10 peminjam telah berpakat dengan kaki phoenix agar berpasangan diantara ayah sejuk dan belacan manis...

kesempatan itu digunakan oleh J10P yang terus berpartner dgn ayah sejuk untuk menyedut aura berapi dan jurus2 maut ayah sejuk yang bergelandangan di medan tempur.. sungguh kejam perilaku J10P yg membiarkan ayah sejuk tugang langgang hinggakan jantungnya terkena tusukan maut muscle killer.

sebegitu juga dgn helah KP yang secara sengaja membiarkn belacan sakti mengerah tenaga tuk menang ketika betermpur dgn Dom the tibet dan ed ..

dan diakhir lewat pertarungan dengan selamba J10P menghasut K.Phoenix, ayah sejuk dan Belacan sakti tuk melagakan kesaktian masing2 seperti yang diwar2 kan pada minggu lalu...

dengan kudrat nyawa2 ikan ayah sejuk terpaksa mamatikan langkah dan hanya dpt menggunakan 30.45 % tenaga yang ada.. (bisikan dihati ayah sejuk) .. biarlah J10P merasa kemenangan ini agar ianya memberi semangat baru kepada Pedang Syaitan yang baru ditempa...

dengan lemah longlai, belacan manis dan ayah sejuk melangkah keluar gelanggang pertarungan dengan semangat yang lebih mendalam minggu hadapan..

p/s: harap kaki phoenix dan J10P bersiap sedia dengan hikmat memburu identiti sebenar pada minggu hadapan...

Anonymous said...

nampak nye tak perlu hamba membuat aper2 ulasan lagi...tapi khabar2 tentang komplot J10P dan Kaki Phoenix adalah tidak benar sama sekali....bagi hamba...pihak yg kecundang byk alasannye...kekekekek

tapi sebagai jaguh yg minat terhadap seni pedang, hamba tidak akan bongkak....kite cube lagi minggu depan...tgk lah hasil pertapaan hamba.....

p/s: TBK....bagai mana????hamba susah sedia?????

Pendekar & Jaguh