Monday, June 12, 2006

lawan terbilang..

Dunia kepahlawanan sekarang amat berbeza dari dahulu, sepanjang ketiadaan Tanpa Belas Kasihan yang memencilkan diri dari dunia kepahlawanan, semakin ramai jaguh2 baru muncul.. masing2 mempunyai kehebatan dan hikmat2 yang unik dan tersendiri, tetapi kian lama.. seorang demi seorang menghilang tanpa khabar berita.. pendekat ulung, Teman Pendekar Helang juga telah menghilangkan diri.. adakah dia sedang melatih jurus2 baru kerana sedar yang lawan2 nya sekarang semuanya sudah memajukan hikmat masing2.. Pertarungan malam Selasa sudah menjadi perkara biasa bagi PKP dan PGK.. masing2 cuba mempertahankan maruah serta harga diri masing2 demi segelas air hikmat... sudah menjadi tradisi sekarang, bagi setiap perlawanan dan pertarungan akan mempertaruhkan air himat sebagai ganjaran.. air yang berwarna merah jambu sejuk ini dikatakan dapat menambahkan semangang juang para pahlawan.. adakah kepercayaan ini benar atau tidak, masih belum ada jawapannya lagik..

Pendekar 10 Peminjam juga telah mengasingkan diri dari dunia kepahlawanan, khabarnya dia sudah tidak bermain pedang, sebaliknya cuba menguasai hikmat badan ketak iaitu jurus terhebat bagi kaum2 teruna.. yang hasilnya dipercayai dapat memikat gadis2 serta perawan jelita.. sejauh maner kebenarannya belum lagik terlihat kerana sehingga kini dia belum dapat lagik memikat maner2 lagik gadis rupawan..

Dunia kepahlawanan mungkin akan bergolak lagik dalam 2 atau 3 purnama lagik, kembalinya PTB pasti akan menambah lagik pergolakan. Tapi adakan PTB akan meneruskan pertarungan atau mungkin juga tidak, mungkin kerana bimbangkan keselamatan isteri serta anak tersayang yang bakal lahir beberapa minggu sahaja lagi..

Yang teramat nyatanya, PKP telahpun menjadik semakin bongkak dengan kehebatan hikmat2 nya.. sehingga kini memang sudah nyata, kecacatan yang dikhabar-khabarkan rupa2nya hanya lakonan.. belas yang selama ini diberi kepada nya mungkin tidak akan dapat dirasai lagik. huhuhahahahahhahahah (gelak jahat..)

3 comments:

kenit said...

yer btul.. pkp itu sungguh palsu... kaki die bukan cacat tapi kaki die cam bionic man.. ade titanium.. kakakakakkkkaka

Anonymous said...

Ehemmm....PKP memang dah cacat...jgn salah paham...segala2 nyer bukan palsu...tapi jgnlah di ambil enteng kaki yg cacat itu...ke'power'an nyer tetap wujud, kelihatannya seolah2 seperti tidak cacat...muahahahahahahaha...


PTB & PGK.....kami menunggu....muahahahhha

Zan said...

lu jangan pandang enteng pada gue

Pendekar & Jaguh